Tuesday, May 22, 2012

12 SLiMMiNG Fo0D

Assalamualikum...
Hehehe ^_^
Ari nie ika dgn rajinnye nk share satu tips..
Hmm, yg nie mmg best..
12 JENIS SLIMMING FOOD
^_^

Hah! tuk sesiapa yg nk slim plus kurus menawan..
boleh la cuba slimming food nie..
Jom terjah!!

BUAH-BUAHAN DALAM KATEGORI'MELONS'


Untuk pengetahuan korang, smua buah2 dlm kategori melons
sesuai di makan sewaktu cuaca panas.
Selain itu jgak, ia baik tuk diet coz kaya serat dan 
mempunyai kandungan air yg tinggi.
Ia membantu membuatkan korang rasa segar 
dan membantu melembapkan kulit.
Kandungan vitaminnya yg pelbagai juga baik tuk kecantikkan kulit.

OREN


Buah oren sgt tinggi kandungan vitamin C dan flavanoid
yg membantu mempertingkatkan pembakaran lemak dalam tubuh.
Mulakan hari korang dgn segelas jus oren segar 
tanpa memasukkan gula taw, tuk khasiat yg maximum.
Korang juga boleh tambahkan hirisan oren dalam salad korang.

PIC


Buah pic ialah buah yg sgt variasi kerana selain dibuat jus,
ia juga boleh dinikmati sbgai hidangan manisan atau 
dimakan segar.
Korang juga boleh masukkan perahan pati pic dlm
masakan ayam atau salad korang.
Taburkan juga dgn herba kesukaan korang dan sedikit madu.
Ia dpt mencantikkan kulit korang.

PIR


Ia kaya dgn serat dan kandungan air..
Oleh itu sesuai dijadikan hidangan harian bg yg berdiet.
Selain membantu korang langsing, kandungan airnye 
sesuai untuk melembapkan badan.
Kandungan seratnya pula dapat membuatkan
korang rasa kenyang lebih lama.

BUAHAN BERI


Beri biru, rasperi, dan strawberry adalah buah yg wajib
ada bila berdiet.
Semuanya sgt tinggi kandungan antioksidan
dan vitamin C yg membantu mempercepatkan penurunan 
berat badan seterusnya mencegah penuaan awal dan menghalang 
masalah kulit korang.
Buah beri juga dikatakan dpt mempertajamkan
otak korang.

KUBIS


Kubis merupakan sayur yg paling efektif membantu
korang menurunkan berat badan.
Ini kerana ia mempunyai kandungan kalori yg sangat rendah
tetapi tinggi kandungan serat.
Serat juga bantu melancarkan sistem penghadaman korang.

TIMUN

Timun adalah sayur yg rendah kalori.
Ia juga mempunyai sifat penyejuk yg baik tuk badan korang
terutama sekali sekarang cuaca panas.
Korang boleh makan timun begitu sahaja atau 
dibuat salad..

LOBAK MERAH


Lobak merah kaya dgn vitamin A yg baik tuk
kesihatan mata. Cantikkan mata korang dgn 
lobak merah.
Semangkuk sup lobak merah dimakan sblum 
hidangan utama(nasi), akan membantu menimbulkan rasa kenyang.
Apabila rasa kenyang berlaku, ia dapat menghadkan 
pengambilan makanan dan hidangan utama.

BROKOLI


Brokoli mengandungi pelbagai jenis vitamin dan sangat tinggi
kandungan vitamin K dan juga kalsium.
Ia juga kaya dengan serat dan antioksidan.
Kesemua nutrisi ini dapat membantu tubuh dari terdedah
kpd risiko bahan radikal bebas yang byk terdapat di persekitaran.

ZUCCHINI


Ia tergolong dlm kelompok sayuran seperti timun malah
sangat rendah kandungan kalori.
walaupun kalori rendah, namun tubuh memerlukan kalori
yang lebih untuk menghadam zucchini yg dimakan.
Secara x langsung, ia membantu menurunkan berat badan secara sihat.

YOGURT


Yogurt wajib korang jadikan snek ringan ketika berdiet.
Makanan rendah kalori dan tinggi nutrisi ini sangat mengenyangkan.
Ia juga tinggi kandungan kalsium yg baik untuk tulang
dan penurunan berat badan.

JUS LEMON


Dua gelas jus lemon segar bersama satu sudu kecil madu 
setiap pagi dan malam dapat membantu proses diet 
korang menjadi lebih efektif.
Ia membantu membakar lemak  dan menbantu
 meremajakan kulit dari dalam.

Mudahkan berdiet jika korang kenal makanan
yang mampu membatu korang mencapai matlamat korang.
K.U.R.U.S !!!

credit too ( rapi)
p/s: ika nk kurus gak..^_^
Terima kasih sudi membaca entry ini...
Bye ^_^






ALRIGHT RESERVED BY MISSCADBURYMILK